Wednesday, July 11, 2012

Mari Menutup Aurat!

Assalamualaikum..

Ketahuilah, bertudung apa tidak dan baik atau jahat itu suatu perkara yang lain..Penampilan langsung tidak mampu membuat si pelihat memandang terus ke dalam hati seseorang..

Kalau anda sering bertanya kenapa dia tidak menutup aurat? Tanyakan juga kepada diri anda, kenapa saya tak ajak dia menutup aurat..?





Saya sangat tidak suka apabila sesetengah orang melabel perempuan yang menutup aurat teruk apabila dia melakukan kesalahan yang sama dengan mereka yang tidak menutup aurat..Siapa antara mereka yang mengumpul dosa dan pahala menutup aurat sebenarnya? Jangan suka mengata orang, kita tak tahu jauh mana dia lebih baik dari kita dan jauh mana kita lagi buruk dari dia. Jangan dimarah,diherdik dan dihina nya mereka yang kelihatan teruk daripada kita tapi sebaliknya tegurlah, dan doakan lah.

Kawan-kawan, kalau peduli, buat cara peduli, kalau sayang buat cara sayang. Kalau kita nak baik, jangan baik sorang-sorang, ajak orang lain sama ikut kita, semoga nanti di akhirat, kita tahu dah nak jawab apa bila ditanyakan apa yang kita buat untuk dia.

Mari menutup aurat..kita bukan maksum, tak lepas dari berbuat dosa pun kalau menutup aurat. Akhlak masih boleh diperbaiki, tapi menutup aurat itu perkara wajib.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh merekakecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, ataubapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anakmereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"[Surah An-Nur ayat 31]


Sekian. Nasihat kepada kamu adalah nasihat kepada diri sendiri juga. :)
Post ni langsung tak berniat memalukan mana-mana pihak, ianya cuma teguran atas dasar rasa sayang kepada kalian. Semoga sama-sama kita boleh mengambil iktibar :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...