Monday, September 5, 2011

UPDATE: The Most Cute Scene During Akad Nikah

Assalamualaikum..
The first touch. It was nothing actually. But it was something that means everything..-Ratu Tak Cantik
Hati takut. Berdebar-debar. Kakak ku sengaja menambah drama. Tak habis-habis mengelap peluh ku yang terembes keluar dengan sapu tangan...

"Aku terima nikahnya dengan Aneesa Sofea Binti Hassan dengan mas kahwin RM ***** tunai..."

"Sah?" Tanya tok kadi kepada 3 lelaki di kiri dan kanannya termasuk ayahku. Serentak mereka menjawab..."Sah.."

"Alhamdullillah..." Segera tok kadi memanjatkan kesyukuran. Orang sekitar juga turut serta.

Phewwwwwwwww!~ Legaaaaa. Aku menghela nafas panjang..
Yeay yeay! Jadi isteri dia! Yeay yeay!!

Aku mencuri lihat Harris di balik celah ramai orang yang sedang tersenyum lega sambil mengelap peluh di dahinya. Eee...hensemnya dia pakai baju melayu putih..dah la muka berserii..eee..geram geram..

Alamak! Bertembung mata...wuaargh... Malu...

Debaran masih belum hilang. Lagi-lagi apabila bantal duduk Harris diletakkan di sebelah aku, sambil mahar yang dilipat-lipat origami menjadi bentuk burung di dalam sangkar emas atas dulang hantaran itu di letakkan di tepi ku. Dan dulang sepasang cincin di dalam kotak baldu emas pula di sebelah Harris.

Harris duduk antara 2 sujud di hadapan ku setelah selesai melaksanakan sujud syukur. Dia memandang aku yang masih tertunduk malu. Cuak sebenarnya.

"Cepat, gambar time! Cium! Cium! Cium!"
Celaka punya adik, ingat aku tak tahu malu ke. Sedap pulak dia bersorak macam tu depan seluruh keturunan keluarga kita. Nak cium pun tunggu lah sarung cincin dulu..
Harris menghulurkan tangan minta disambut dengan tangan kanan ku. Heee..Tapi! Debar tu masih belum hilang!!! Ugghhhh...

Dan tangan ku...terketar-ketar mahu menyambut tangannya. Tangan yang belum pernah ku sentuh sebelum ni. Jantung mengepam darah dengan lajunya. Aku tak ingat aku bernafas ke tak.

Ahhhh!
Macam terkena kejutan elektrik bila tangan kiri Harris memagang tangan kanan ku. Ughh..rasa macam nak pengsan. Hangatnya tangan dia, sentuhan tu. Mak aih...

Dalam tak sedar ku..~~kebasahan...~~ho ho ho ho~

Aku menangis. Asal entah? Air mata menitis dari pipi. Debar tadi hilang serta merta. Cuma tinggal tangisan kegembiraan. Lega dan...tersangat terharu. Aku tak tahu orang perasan ke tak... Tapi kalau aku lap air mata ni,obvious sangatlah pulak kan aku menangis.

Tolong la..tolong la jangan menitik wahai air mata. Tolonglah jangan.. Tolonglah..tol..ong..lah~

TUP!

Menitik tepat di atas jari telunjuk Harris yang sedang menolak cincin itu masuk ke jari manis.

"Sayang..?"

Kantoi sudaah, dia perasan aku menangis.. Automatik kepala aku terdongak dengan panggilan sweet nya tu. I tak tahan lah dah hubby I panggil macam tu..Dan bila dah dongak tu..
Dah sudaaahhh....semua nampak muka ku bermandikan air mata..

"Laaa..kenapa pengantin menangis..?"
"Dah tu kenapa tu.."
"Bakpo tu?"
"Laa..awat hang ni Fea oii..."
"Nangis?"

KLIK! KLIK!
Hampeh, photographer tangkap basah aku meleleh. Siot nyaaa

Tangan Harris memeluk tangan kanan ku. Erat. Sambil mengusap lembut. Alamak...terasa dimanja dan dibelai. Cair. Tapi aku tengah nangis sekarang ni...Takkan tiba-tiba nak peluk dia..

"Kenapa Fea..?" Riak wajahnya risau. Siapa tak pelik, aku yang pergi meminang, sekarang aku pulak nak tacink-tacink.

Isk isk isk. Aku jadi semakin mahu menangis pula bila mendapat perhatian dari dia...dan semua orang kat situ.

"Err..Fea..isk isk..Fea.."
"Kenapa tiba-tiba sayang ni..Tak nak kahwin pulak ke?"
"Eyh!! Bukaaann!!"
Wah..kemain I jawab..laju je... Macam terjerit pun ada..Semua orang tengok.
"Habis tuu..?"
"Err..ni first time Fea pegang tangan awak...Tak pernah lagi sebelum ni..Rasa...macam...seronok gile finally dapat pegang dengan susana ni.."
Aku jawab berbisik. Tak mahu lah semua orang dengar statement yang dikira kolot bagi hampir semua orang. Walhal inilah yang sepatutnya setiap muslim buat. Bersentuhan lelaki perempuan hanya apabila sah.

"Owhhh..Hehe..comel je Fea ni.."
Harris mengelap air mata ku yang menitis seraya merapatkan muka ku ke dadanya..Yeah... Depan orang ramai..

Aku tengah hanyut time ni, da sampai langit ke tujuh aku terbang so aku tak perasan sangat apa yang orang cakap. Kena peluk en..biasalah. I tergamam banyak!

"Dia terharu kali pertama dapat pegang tangan saya..."

Hah? Harris...Harris bercakap dengan suara yang kuat memberitahu orang ramai. Aku yang masih hanyut dalam pelukannya kerana ditepuk-tepuk di belakang jadi tersedar. Kena pampered tuuu..Mana tak hanyut..
Aku jadi tersedar dan terus bangun melihat sekeliling. Kemudian tunduk malu..Malu!

"Alolo Fea..."
"Awwhh..comel la korang ni.."
"So sweet this couple.."

Harris mengangkat dagu ku dengan jari telunjuknya sampil rapat di sebelah ku.
"Bang..amik sikit gambar saya dengan pengantin menangis..hehe"
Harris menjeling dan senyum ke arah ku. Kemudian ke kamera. First snap, muka ku monyot, tapi Harris kata comel. Second snap aku tersenyum malu dengan air mata still ada di pipi.

Oke, kami memang comel. Kaann?

Selalunya pengantin cium dahi dulu baru nak hug-hug. I menangis dulu, dapat hug and kemudian baru nak kiss-kiss. Cool kan? :) Taw dah. Memang cool!

Dan seterusnya kami bersalaman dan dia kiss dahi saya lah. OH MAI..rasa nak menangis lagi first time dapat kiss. Tapi...nasib baik dapat tahan. Lagipun sebelum kena kiss dia dah pesan awal-awal jangan nangis. Hehe

Aku tak tahu dah berapa snap photographer tu amik bila aku tengah tacink..Tapi gasak lah. Bila aku kenang-kenang balik. Sweet je aku dengan dia. Aku rasa scene ni sangat romantik dan comel.

Yup! Comel gila bila perasaan pertama kali bersentuhan...dan yang paling penting apabila semuanya telah sah. Perasaan tu..ya, yang.. itulah! Best...

Sebab aku rasa benda ni sangat comel, aku tulis kat sini, walaupun pada hakikatnya aku tak pernah melaui proses akad nikah. Tapi macam real kan? Owh, itu sebab Ratu memang kuat berangan..hehe

UPDATED with photos and some edited sentences.

p/s: Hantaran nikah nanti I nak warna Gold ye future Husband :) Kewwwlass kau Ratu..


Image Source: Google

5 comments:

asnizaziz said...

wahh kelas gitu berangan rupanya..hehe

Unknown said...

pabiler ratu berangan..hehe..so sweet..ratu wat novel trus lahhh...like3

Anonymous said...

waiting 4 this moment..=)

dne said...

so sweet....angan u. tapi sampai ari ni aku sendiri xblh tengok org akad nikah. jadi sayu, sedih and rasa cam.........something!!! Can't explain.

Ratu Tak Cantik said...

i think i know perasaan you tu..tapi kite semua nak akwen kan..so mesti ade scnen yang memorable dalam akad nikah tuu..i want this one! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...